Menara B

Hanya 4 unit di setiap aras, menjadikan setiap kediaman di Menara B unit tepi yang disajikan pemandangan indah dan tiupan angin nyaman di puncak bukit.

Sentuhan elegan dalam reka bentuk garapan Piet Boon memberikan personaliti yang mewah dan tersendiri kepada setiap bilik dan ruang keindahannya.

Ruang 'Tenggelam' Menimbulkan Kemewahan Berterusan

Keterbukaan ruang dan perincian yang menawan mewujudkan keceriaan hari demi hari. Saiznya yang lebar dan balkoni lantai-ke-siling melapangkan lagi ruangan dengan pemandangan indah latar langit Pusat Bandaraya Kuala Lumpur atau Mont Kiara/Petaling Jaya.

Direka Untuk Keseronokan, Itulah Dapur Studio Piet Boon Anda

Jika masakan gourmet menjadi kegemaran anda – sebagai pencipta atau penonton sahaja – dapur AIRA Residence Menara B jawapannya, menawarkan ruang yang direka dengan baik, cekap dan berfungsi. Dapur pelan terbuka ini memastikan segala-galanya mudah dijangkau. Keluasannya menyediakan ruang untuk para tetamu beramah mesra di majlis anda, kedudukan anda sebagai tuan rumah memang ternyata.

Relaks & Rebahkan Diri di Kamar Tidur Sentuhan Pakar Reka

Satu lagi terjemahan hebat kreativiti dan ketenangan daripada pakarnya sendiri, Piet Boon. Falsafah reka bentuk ruang beliau terpampang pada setiap perincian yang menggabungkan kesempurnaan bentuk dan fungsi. Ditambah sentuhan kemasaan berkualiti tinggi seperti kelengkapan jenama Formani Brand rekaan Piet Boon.

Almari Pakaian Dambaan & Kamar Mandi En Suite

Untuk pengalaman manja diri yang muktamad, anda hanya perlu melangkah masuk ke kawasan almari pakaian yang luas dan kamar mandi en suite yang mewah. Ruang menarik yang terancang cantik ini membelai anda dengan kemudahan dan kualiti, membariskan kemasan kabinet yang unggul seperti pintu kayu padat dan penutupan premium. Kemasan bilik mandi premium jenama Formani melengkapkan visi reka bentuk Piet Boon untuk memanjakan anda.

Change Language To: English BahasaMalaysia