Menara A

Unit kediaman yang luar biasa luas dengan pelbagai pilihan pelan pantai bagi memenuhi kehendak anda.

Setiap unit menyerlahkan kemewahan reka bentuk yang digarap oleh Studio Piet Boon.

Keluasan Ruang Untuk Berehat, Bersantai Atau Berhibur

Keluasan ruang tamu pusat di Menara A begitu ketara sekali dengan jendela dari lantai ke siling yang menyimbahkan cahaya dan menambahkan keterbukaan kepada ruang. Rekaan dengan konsep terbuka ini memberikan penghuni pelbagai pilihan untuk mewujudkan persekitaran yang mencerminkan gaya dan cita rasa tersendiri.

Dapur Rekaan 'Designer' Menanti Chef

Gourmet yang paling cerewet akan tersenyum apabila memasuki dapur di AIRA Residence. Rekaan eksklusif Studio Piet Boon menyaksikan dapur kering dan basah memenuhi nilai kemewahan AIRA Residence dengan lantai, permukaan kerja dan pulau daripada marmar berkualiti tinggi.

Nikmati Terapi Pagi Dan Malam Yang Mengasyikkan

Keluasan kamar tidur Menara A di AIRA Residence adalah pemula dan penutup hari yang anda dambakan. Perincian anggun di ruangan ini mencerminkan sentuhan istimewa pereka Piet Boon, termasuklah kekukuhan pemegang pintu yang direka khas oleh beliau untuk jenama terkemuka, FormaniⓇ.

Manjakan Diri Anda di Kamar Mandi En Suite

FormaniⓇ melengkapan kemasan Kamar Mandi Utama En Suite. Turut dipaparkan: Tab mandi Cocoon, pancuran mandian Cocoon Piet Boon dan mangkuk tandas jenama Duravit.

Keanggunan yang Tiada Tandingan

Penggemar fesyen yang arif akan teruja dengan keluasan kamar pakaian rekaan Piet Boon ini. Keanggunannya menanti busana couture anda. Melangkahlah ke dalamnya, pilih pakaian dan bersiaplah dengan selesa. Dengan pintu daripada kayu padat dan penutupan berkualiti, tiada masalah lagi dalam memilih busana glamor untuk makan malam anda nanti.

Change Language To: English BahasaMalaysia