FALSAFAH

Rekaan seni bina AIRA Residence adalah cerminan ketelitian Selangor Properties yang menitikberatkan penggunaan kemasan terbaik dan bahan binaan berkualiti tinggi. Maka lahirlah karya agung yang sofistikated dan bercita rasa tinggi yang tidak pernah disaksikan di Kuala Lumpur.

Mahakarya ini diilhamkan dan digarap oleh tiga pereka terkemuka antarabangsa yang memenangi anugerah: Piet Boon dari Studio Piet Boon untuk seni hiasan dalaman; Franklin Po dari Tierra Design untuk seni bina lanskap; dan Alen Nikolovski dari AEDAS untuk seni bina.

PIET BOON

Pereka berprofil tinggi dari Belanda, Piet Boon merupakan pengasas dan pemilik syarikat reka bentuk multidisiplin antarabangsa, Studio Piet Boon. Ditubuhkan pada 1983, syarikat pemenang anugerah ini diraikan di seluruh dunia kerana keunikan ketukangan, visi dan kualiti.

Dengan prinsip sofistikated diperhalusi yang memartabatkan bahan alami dan perincian ‘signature’ sebagai falsafah rekaannya, Piet Boon® kini menjadi jenama kemewahan gaya hidup bertaraf global dengan menyerlahkan ketelitian untuk aspek keselesaan, keabadian dan ketahanan.

FRANKLIN PO

Franklin Po, Pengasas Tierra Design dan pemenang anugerah The President’s Design Award 2015 ialah pereka lanskap terkemuka yang beroperasi dari Singapura dan California sejak 1973.

Komitmen tinggi beliau dalam memajukan standard dan kualiti hidup di rantau Asia berjaya melonjakkan taraf seni reka lanskap di Singapura dan mengubah persepsi masyarakat antarabangsa terhadap seni bina lanskap. Dengan pelanggan dari seluruh Asia Pasifik, Tierra telah menggondol pelbagai anugerah dan penghormatan untuk kecemerlangan estetika.

ALEN NIKOLOVSKI

Arkitek Aedas, Alen Nikolovski mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai rekaan dan projek komersil, pejabat, jualan, kediaman dan infrastruktur.

Penglibatan beliau sebagai arkitek boleh digandingkan dengan banyak bangunan terkemuka di seluruh dunia seperti lapangan terbang baharu Hong Kong di Chek Lap Kok bersama Norman-Foster yang berjaya menerima anugerah, West Palm Beach Opera House di Florida dan Chanel International Boutiques.

REKAAN PERIBADI

Projek AIRA Residence mencapai tahap yang tersendiri apabila Selangor Properties menawarkan pilihan pakej hiasan dalaman rekaan peribadi kepada para pemilik sesuai dengan cita rasa mereka. Pakej merangkumi bahan kemasan, lampu hiasan, sistem kediaman pintar dan perabot berjenama yang berkualiti tinggi.

Alamilah kehebatan gaya rekaan daripada Studio Piet Boon sendiri. Sebagai pemilik AIRA Residence, anda boleh mengupah mereka untuk mengubahsuai pemilihan hiasan dalaman seperti kabinet, kelengkapan, pencahayaan dan sistem hiburan rumah mengikut selera anda.