MENGENAI AIRA RESIDENCE

AIRA Residence adalah pembangunan pelaburan nilai tinggi daripada Selangor Properties Berhad, direka dan dibina khusus untuk memenuhi keperluan gaya hidup mewah dan keinginan golongan individu elit berpendapatan tinggi. Diilhamkan oleh pasukan pereka terkemuka yang memenangi anugerah – Piet Boon, Franklin Po dan Alen Nikolovski – AIRA Residence sememangnya lambang mutlak kemewahan gaya hidup di Kuala Lumpur. Kini, 105 unit kecemerlangan gaya hidup yang boleh direka khas mengikut cita rasa artistik anda serta dilengkapi pelbagai ciri dan kemudahan unik dibuka untuk bakal pemilik yang arif. Milikilah AIRA Residence, enklaf berprestij yang penuh keselesaan dan ketenangan di puncak Jalan Batai, Damansara Heights – alamat kejiranan dan komersil yang paling diidamkan di Malaysia.