Tower B 16 levels of hilltop elegance

Hanya 4 unit di setiap aras, menjadikan setiap kediaman di Menara B unit tepi yang disajikan pemandangan indah dan tiupan angin nyaman di puncak bukit.

Sentuhan elegan dalam reka bentuk garapan Piet Boon memberikan personaliti yang mewah dan tersendiri kepada setiap bilik dan ruang, keindahannya seperti terpapar di halaman sebelah.

Tower B Building
RUANG 'TENGGELAM' MENIMBULKAN
KEMEWAHAN BERTERUSAN

Keterbukaan ruang dan perincian yang menawan mewujudkan keceriaan hari demi hari. Ketika berkumpul bersama keluarga atau melayan tetamu yang bertandang, Ruang Tamu Menara B menawarkan kelangsungan visual dan saling hubung di antara ruangan sekitar. Saiznya yang lebar dan balkoni lantai-ke-siling melapangkan lagi ruangan dengan pemandangan indah latar langit Pusat Bandaraya Kuala Lumpur atau Mont Kiara / Petaling Jaya.

DIREKA UNTUK KESERONOKAN,
ITULAH DAPUR STUDIO
PIET BOON ANDA

Jika masakan gourmet menjadi kegemaran anda – sebagai pencipta atau penonton sahaja – dapur AIRA Residence Menara B jawapannya, menawarkan ruang yang direka dengan baik, cekap dan berfungsi. Dapur pelan terbuka ini memastikan segala-galanya mudah dijangkau. Keluasannya menyediakan ruang untuk para tetamu beramah mesra di majlis anda, kedudukan anda sebagai tuan rumah memang ternyata.

Turut tersedia, peralatan dapur jenama terkemuka untuk menyempurnakan pengalaman kulinari anda sebagai hos berjaya.

RELAKS & REBAHKAN
DIRI DI KAMAR TIDUR
SENTUHAN PAKAR REKA

Satu lagi terjemahan hebat kreativiti dan ketenangan daripada pakarnya sendiri, Piet Boon. Falsafah reka bentuk ruang beliau terpampang pada setiap perincian yang menggabungkan kesempurnaan bentuk dan fungsi. Ditambah sentuhan kemasan berkualiti tinggi seperti kelengkapan jenama Formani Brand rekaan Piet Boon.

ALMARI PAKAIAN
DAMBAAN & KAMAR MANDI EN SUITE

Untuk pengalaman manja diri yang muktamad, anda hanya perlu melangkah masuk ke kawasan almari pakaian yang luas dan kamar mandi en suite yang mewah. Ruang menarik yang terancang cantik ini membelai anda dengan kemudahan dan kualiti, membariskan kemasan kabinet yang unggul seperti pintu kayu padat dan penutupan premium. Kemasan bilik mandi premium jenama Formani melengkapkan visi reka bentuk Piet Boon untuk memanjakan anda.