Tower A 18 level of inspired design

Menara A menawarkan unit kediaman yang luar biasa luas dengan tujuh pilihan pelan lantai. Pilihan Type A2 berpontensi menjadi dua kali ganda luas dengan menggabungkan dua unit bersebelahan.

Setiap unit menyerlahkan kemewahan reka bentuk yang digarap oleh Studio Piet Boon. Halaman berikut menyajikan contohnya.

Tower A Building
KELUASAN RUANG UNTUK BEREHAT,
BERSANTAI ATAU BERHIBUR

Keluasan ruang tamu pusat di Menara A begitu ketara sekali dengan jendela dari lantai ke siling yang menyimbahkan cahaya dan menambahkan keterbukaan kepada ruang. Rekaan dengan konsep terbuka ini memberikan penghuni pelbagai pilihan untuk mewujudkan persekitaran yang mencerminkan gaya dan cita rasa tersendiri.

DAPUR REKAAN 'DESIGNER'
MENANTI CHEF

Gourmet yang paling cerewet akan tersenyum apabila memasuki dapur di AIRA Residence. Rekaan eksklusif Studio Piet Boon menyaksikan dapur kering dan basah memenuhi nilai kemewahan AIRA Residence dengan lantai, permukaan kerja dan pulau daripada marmar berkualiti tinggi yang diimport.

Dapur kering dan basah menampilkan kabinet dengan perincian yang diperhalusi, gerakan ringan sentuhan jari dan peralatan elektrik berkualiti tinggi daripada jenama terkemuka. Jenama Miele melengkapi dapur kering dengan peti sejuk/sejuk beku, ketuhar gelombang mikro, dapur 3 penunu dan hud. Jenama unggul De Dietrich melengkapi kawasan dapur basah dengan hob gas 5 penunu berserta hud, ketuhar wap, mesin pembasuh pinggan, peti sejuk/ sejuk beku dan ketuhar manakala ruang mencuci(1) di sebelahnya memuatkan mesin basuh/ mesin pengering jenama Brandt.

(1) Spesifikasi terdapat di semua unit kecuali Type C yang menawarkan semua peralatan dapur jenama De Dietrich dan peralatan mencuci jenama Brandt.

NIKMATI TERAPI PAGI DAN
MALAM YANG MENGASYIKKAN

Keluasan kamar tidur Menara A di AIRA Residence adalah pemula dan penutup hari yang anda dambakan. Perincian anggun di ruangan ini mencerminkan sentuhan istimewa pereka Piet Boon, termasuklah kekukuhan pemegang pintu yang direka khas oleh beliau untuk jenama terkemuka, Formani®

MANJAKAN DIRI ANDA DI
KAMAR MANDI ENSUITE

Formani® melengkapkan kemasan Kamar Mandi Utama En Suite. Turut dipaparkan: Tab mandi Cocoon, pancuran mandian Cocoon Piet Boon dan mangkuk tandas jenama Duravit Stark 1

KEANGGUNAN YANG
TIADA TANDINGAN

Penggemar fesyen yang arif akan teruja dengan keluasan kamar pakaian rekaan Piet Boon ini. Keanggunannya menanti busana couture anda. Melangkahlah ke dalamnya, pilih pakaian dan bersiaplah dengan selesa. Dengan pintu daripada kayu padat dan penutupan berkualiti, tiada masalah lagi dalam memilih busana glamor untuk makan malam anda nanti.